Masjid Negara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Program Daurah Kitab Siri 1/2018. Program telah dilaksanakan dengan jayanya pada 10 hingga 11 Mac 2018 (Sabtu-Ahad) bertempat di Masjid Al-Hidayah Sg. Penchala, Kuala Lumpur.

Program ini mensasarkan kepada Jemaah-jemaah masjid dan sekitar penduduk di Kg. Sg. Penchala yang dianggarkan seramai 450 orang peserta, walaubagaimanapun terdapat ramai penglibatan peserta dari luar Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar dari Maahad Integrasi Tahfizul Wurab An Nssir Darul Itqan, Banting Selangor.Program ini memberikan satu propektif baru dan pengahayatan yang lebih mendalam bagi tujuan membina satu “Khaira Ummah” iaitu umat terbaik dari segi penghayatan hidup secara harmoni dan sentiasa berinovasi dalam pemikiran di samping dapat mendekatkan peserta dengan golongan ulama dan tokoh-tokoh agama serta cendiakawan.

Program ini bermatlamat memberi kefahaman Pengenalan Asas Kitab Sifat 20 yang telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Muhaidir bin Hj. Joll dan dengan program ini juga dapat merapatkan hubungan antara warga Masjid Negara, dengan para jemaah masjid-masjid di sekitar Lembah Klang. Kos Perbelanjaan meliputi makan peserta dan kitab.

Secara keseluruhannya, program ini dilihat telah memberi kesan yang positif kepada peserta dan mencapai objektif yang ditetapkan.

Di sediakan oleh:
UNIT PENYELARASAN DAKWAH DAN IBADAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *