Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Kauthar: 1-2 bermaksud: “ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”

Bersempena Hari Raya Aidiladha, Masjid Negara telah melaksanakan ibadah korban melibatkan melibatkan lima belas ekor kambing dan seekor lembu. Sebanyak 13 ekor lembu lagi telah diagihkan ke kampung-kampung dan surau-surau yang terpilih kerana pada tahun ini, tapak dan kawasan untuk ibadah korban adalah terhad kerana kerja-kerja ubahsuai masjid sedang dijalankan.

Program Ibadat Korban tersebut telah disempurnakanoleh Y.Bhg. Tan Sri Dato’ Seri Hj Ismail bin Hj Muhammad, Imam Besar Masjid Negara.Sebelum itu, beliau telah mengimamkan serta menyampaikan khutbah solat sunat AidilAdha yang bertajuk “Ibrah Dari Sirah“. Majlis ibadah korban tersebut bermula pada pukul 9.30 pagi itu diadakan di perkarangan kuarters Masjid Negara.Seramai 100 orang sukarelawan termasuk kakitangan Masjid Negara telah bersama-sama bergotong royong dalam melaksanakan ibadat tersebut.

Daging korban tersebut telah diagihkan kepada golongan asnaf terpilih.Masjid Negara mengucapkan ribuan terima kasih kepada sukarelawan yang hadir membantu dalam melaksanakan ibadah korban.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *