Masjid Negara (JAKIM), Kuala Lumpur telah menganjurkan program Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk “ Pentingnya Amanah Dari Kacamata Islam” bersama Us. Abdul Somad Lc M.A dari Riau Indonesia pata tarikh 12 Februari 2018, selepas solat Maghrib bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Negara. Program mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada Jemaah dalam dan luar negara, termasuk kehadiran dari pihak media seperti TV Al-Hijrah dan Astro Aoasis, dan lain-lain media dalam dan luar negara.

Di anggarkan seramai tujuh ribu orang Jemaah telah hadir bagi mengikuti program ini. Objektif program untuk menyampai dan menerangkan hal ehwal agama berkaitan Dakwah Islamiah serta menjawab persoalan isu-isu semasa. Turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Syaikh Hj. Ismail bin Hj. Muhammad, Imam Besar Masjid Negara dan Pegawai-pegawai Masjid Negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *