Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan anjuran Unit Perhubungan Awam ini merupakan program yang diadakan buat siri pertama pada tahun 2018 kerjasama dengan Pusat Darah Negara. Kempen sehari tersebut bermula jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 4.00 petang bertempat di Anjung Makam Pahlawan, Masjid Negara.

Setiap aktiviti yang dijalankan mempunyai tujuan tersendiri. Kempen Derma Darah diadakan bertujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan pemurah dalam diri setiap individu dengan menyumbang darah kepada insan yang memerlukannya. Ia juga salah satu alternatif kearah kebajikan yang dapat dilakukan oleh pihak Masjid Negara kepada masyarakat umum di samping memberi informasi dan pendidikan berkaitan kesihatan.

Sambutan yang menggalakan daripada orang ramai adalah terdiri daripada jemaah Solat Fardhu Jumaaat, selain itu turut menyumbang adalah anggota keselamatan dan penguatkuasa yang dijemput untuk turut serta antaranya Polis Di Raja Malaysia (PDRM),BOMBA dan DBKL .Sebagai tanda penghargaan diatas sumbangan mereka, setiap penderma diberi cenderahati dari pihak Masjid Negara, JAKIM.

Jumlah Peserta (berjaya menderma) : 119 orang
Jumlah peserta (gagal menderma) : 30 orang

Siri kempen ini juga mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Penyertaan booth adalah terdiri daripada;

1. Pusat Darah Negara – 20 orang
2. Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari – 2 orang
3. Bahagian Perkhidmatan Farmasi – 5 orang
4. Cawangan Pendidikan Kesihatan KL & Putrajaya – 2 orang
5. Persatuan Bagi Mencegah Penyakit Tibi – 3 orang
6. Persatuan Orang Pekak Malaysia – 2 orang
7. Pejabat Kesihatan Lembah Pantai – 2 orang
8. Jabatan Pertahanan Awam Malaysia – 8 orang
9. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) – 2 orang

Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan baik dan diharapkan dapat memupuk semangat kerjasama dan melahirkan masyarakat yang berpengetahuan mengenai penjagaan kesihatan di samping membawa kepada persefahaman yang utuh dan hubungan silaturahim yang lebih erat akan terjalin sesama semua peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *