Pengenalan

Masjid Negara ialah masjid utama di Malaysia, terletak di Kuala Lumpur. Masjid ini dibina pada tahun 1963 dan dirasmikan pada 27 Ogos 1965. Masjid ini merupakan lambang keagungan Islam sebagai agama rasmi di Malaysia dan merupakan simbol bagi Malaysia yang baru dibentuk ketika itu. Masjid ini juga boleh menampung seramai 15,000 orang jemaah.

Senibina

Reka bentuk dan penyeliaan bangunan ini telah dilakukan oleh pasukan 3 orang arkitek dari Bahagian Reka Bentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan – arkitek Hisham Albakri, Howard Ashley (UK), and Dato Baharuddin Kassim. Mereka mengambil masa selama tiga tahun untuk menyiapkannya. Sebelum memulakan kerja merekabentuk Masjid Negara ini, arkitek utamanya, Baharuddin Abu Kassim mengkaji masjid-masjid di India, Pakistan, Iran, Turki, Arab Saudi, Republik Arab Bersatu dan Sepanyol.

Sekali pandang, menaranya berukuran 73 meter (245 kaki) tinggi kelihatan seperti sebuah roket. Bentuknya seperti sekaki payung yang kuncup manakala bumbung konkritnya berbentuk bintang 18 bucu kelihatan seperti sekaki payung yang kembang. Bentuk menara dan bumbung beropol yang ada pada Masjid Negara melambangkan kesetiaan. Konsep ini dipadankan kepada rupa payung Diraja. Menara ini berbentuk gambar payung yang terkuncup manakala bumbungnya berupa seperti sebuah payung yang terbuka.

Bentuk berlipat atap konkrit utama merupakan penyelesaian kreatif bagi mencapai ruang yang besar bagi dewan sembahyang. Bangunan berharga RM10 juta ini meliputi kawasan seluas lima ekar. Ia mengandungi sebuah dewan sembahyang seluas 22,500 kaki persegi, dewan persidangan, permakaman, perpustakaan, pejabat, halaman, menara, bilik diraja dan sebuah bilik imam. Permakaman untuk tujuh pahlawan negara terletak di bahagian barat. Turut disediakan ialah bilik radio dan televisyen berhawa dingin yang terletak di galeri dewan sembahyang.

Rekabentuknya selaras dengan rekabentuk bangunan zaman moden tetapi senibina Islam masih dikekalkan. Rupa bentuk masjid ini terhasil dari campuran corak keislaman dan moden serta bersulamkan senibina tempatan.

Bentuk ukiran jerjak besi yang mengelilingi bangunan ini dan dom-dom kecil yang berada di sebelah atas beranda adalah berasaskan rekabentuk Sarasin, tetapi ia disesuaikan dengan rekaan moden.

KEMPEN DERMA DARAH MASJID NEGARA SIRI 1 /2018

Kempen Derma Darah dan Pameran Pendidikan Kesihatan anjuran Unit Perhubungan Awam ini merupakan program yang diadakan buat siri pertama pada...
Read More
KEMPEN DERMA DARAH MASJID NEGARA SIRI 1 /2018

KULIAH PERDANA BERSAMA US. ABDUL SOMAD LC M.A

Masjid Negara (JAKIM), Kuala Lumpur telah menganjurkan program Kuliah Maghrib Perdana yang bertajuk “ Pentingnya Amanah Dari Kacamata Islam” bersama...
Read More
KULIAH PERDANA BERSAMA US. ABDUL SOMAD LC M.A

PROGRAM DAURAH KITAB SIRI 1/2018

Masjid Negara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia , dengan kerjasama Masjid Al-Hidayah Kg. Sg. Penchala Kuala Lumpur telah berjaya menganjurkan Program...
Read More
PROGRAM DAURAH KITAB SIRI 1/2018

IBADAH KORBAN MASJID NEGARA DISAMBUT SEDERHANA

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Kauthar: 1-2 bermaksud: “ Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai...
Read More
IBADAH KORBAN MASJID NEGARA DISAMBUT SEDERHANA